Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang menciptakan kehidupan sebagai ujian bagi hamba-hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW,penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Wuduk merupakan suatu perkara wang wajib dilakukan bagi mereka yang sudah sampai umur baligh. Hal ini kerana hukum solat adalah wajib kecuali dalam beberapa keadaan dan individu tertentu sahaja seperti gila, koma, pengsan dan lain-lain.
Hukum berwuduk adalah sunat sebelum masuk waktu solat. Manakala hukumnya berubah menjadi wajib setelah masuk waktu solat. Dalam kebanyakan perkara hukum wajib adalah lebih afdhal dan lebih diutamakan daripada hukum sunat.
Tetapi dalam masalah ini, hukum sunat berwuduk sebelum masuk waktu adalah lebih afdhal daripada hukum wajib berwuduk setelah masuk waktu. Ini merupakan salah satu daripada masalah yang terkeluar daripada kaedah yang asal.
Bukan ini yang ingin saya bahaskan, tetapi apa yang ingin saya bincangkan di sini adalah tentang perbahasan sapuan wuduk di atas balutan. Masalah ini sering terjadi terutamanya bagi mereka yang mengalami kecederaan akibat kemalangan, patah tulang, luka dan lain-lain.
Saya datangkan perbahasan di bawah ini mengikut pendapat Imam As-Syafie Rahimahullah. Semoga pembaca mampu memahami jenis perbahasan yang saya bawakan.
DEFINISI BALUTAN (JABIROH)
Balutan yang saya maksudkan di sini ialah balutan yang diletakkan di atas anggota wuduk yang 4 iaitu
1. Muka
2. Kedua-dua belah tangan hingga ke siku
3. Sebahagian kepala
4. Kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali.
Balutan ini menghalang air daripada sampai ke anggota ketika mengambil wuduk. Kebiasaannya balutan ini disebabkan oleh luka yang parah dan patah tulang.
HUKUM BALUTAN KETIKA BERWUDUK
Sekiranya balutan tersebut mampu ditanggalkan bermaksud ianya tidak mendatangkan mudharat,maka wajib untuk ditanggalkan kemudian wuduk diambil seperti biasa.
Tetapi sekiranya perbuatan menanggalkannya itu mendatangkan mudharat seperti luka lambat sembuh, bertambah sakit atau hilang fungsi anggota maka balutan tersebut tidak wajib ditanggalkan.
CARA-CARA BERWUDUK BAGI MEREKA YANG MEMAKAI BALUTAN
(Perhatian : Bagi memudahkan perbahasan, saya menggunakan istilah 'mangsa' bagi mereka yang memakai balutan kerana kebanyakan soalan yang saya terima adalah daripada mangsa kemalangan)
1. Mangsa hendaklah memulakan basuhan anggota wuduk seperti biasa sehinggalah sampai pada anggota wuduk yang berbalut itu tadi.
2. Sebelum membasuh anggota berbalut tersebut, mangsa hendaklah bertayamum sebagai ganti kepada bahagian yang tidak terkena air akibat balutan.
(Perlu diingatkan bahawa tayammum yang saya maksudkan di sini ialah menyapu muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan menggunakan debu yang suci. Ada sesetengah pembaca yang memahami maksud tayammum itu adalah menyapu debu di atas balutan. Ini fahaman yang perlu di perbetulkan)
3. Setelah itu, mangsa hendaklah membasuh anggota wuduk yang sihat.
4. Menyapu air di atas balutan tersebut.
(Tidak ada masalah sekiranya mangsa membasuh dahulu anggota wuduk kemudian barulah bertayammum, tetapi tertib yang lebih afdhal adalah bertayamum duhulu kemudian barulah membasuh anggota yang sihat. Keadaan ini lebih baik kerana ketika bertayammum, anggota wuduk masih dalam keadaan yang kering.
Perlu diingatkan bahawa satu tayammum adalah untuk satu anggota wuduk sahaja. Ini bermaksud kalaulah 2 anggota wuduk yang berbalut, maka mangsa harus bertayammum sebanyak 2 kali.

Satu lagi perkara yang mungkin mengelirukan iaitu satu tayammum hanya untuk satu fardhu sahaja. Oleh itu, apabila masuk waktu yang berikutnya maka orang yang berwuduk tadi perlu mengulangi tayammumnya kembali untuk melakukan solat fardhu.
Tetapi wuduk tidak perlu diulang sekiranya mangsa masih dalam keadaan berwuduk. Ini merupakan pendapat yang dikeluarkan oleh Imam Nawawi Rahimahullah di dalam kitab Al-Raudhah dan inilah pendapat yang muktamad dalam mazhab Imam Syafie. Selain Imam Nawawi, Imam Haramain, Imam Mawardi dan Imam Ghazali juga berpendapat sedemikian.
Mengikut pendapat Imam Rafie Rahimahullah, tayammum perlu diulang apabila masuk waktu yang berikutnya kemudian anggota wuduk yang dibasuh selepas anggota berbalut juga perlu diulang basuhannya. Ini bagi mereka yang masih dalam keadaan berwuduk.
Sekiranya mangsa melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk seperti kencing atau qada hajat, maka ulangi wuduk dan tayammum kembali seperti biasa)
5. Membasuh anggota wuduk yang berikutnya.
CARA-CARA MANDI WAJIB BAGI MEREKA YANG MEMAKAI BALUTAN
1. Bertayammum.
2. Membasuh badan dan anggota yang sihat dengan niat mandi wajib.
(Dalam keadaan ini, tayammum juga perlu diulang setelah masuk waktu solat yang berikutnya bagi menggantikan anggota yang dibalut . Maksud saya anggota yang dibalut itu bukanlah anggota wuduk sebagai contoh paha seseorang yang dibalut dan tidak boleh terkena air.)
ADAKAH PERLU DIULANGI SOLAT (QADA)?
Di sini terdapat beberapa keadaan yang perlu dikategorikan oleh pembaca.
PERTAMA
Sekiranya anggota yang berbalut tersebut berada pada anggota tayammum iaitu muka dan tangan hingga ke siku, maka mangsa perlu mengulangi (qada) solatnya setelah sembuh walau apa jua jenis balutan tersebut.
KEDUA
1. Sekiranya anggota yang berbalut tersebut berada pada bukan anggota tayammum iaitu kepala dan kaki hingga ke buku lali.
2. Balutan tersebut tidak melebihi bahagian yang terluka, maka solatnya tidak perlu diulang(qada).
KETIGA

2. Balutan tersebut melebihi bahagian yang terluka kerana diperlukan
3, Anggota tersebut dibalut setelah mangsa berwuduk, maka solatnya juga tidak perlu diulang (qada).
KEEMPAT

3. Anggota tersebut dibalut sebelum mangsa berwuduk, maka solatnya perlu diulang (qada) setelah sembuh.
KELIMA

2. Balutan tersebut melebihi bahagian yang terluka dan tidak diperlukan
3, Anggota tersebut dibalut sama ada sebelum atau selepas mangsa berwuduk, maka solatnya juga perlu diulang (qada) setelah sembuh.
(Walaupun hukum ke atas mangsa sedemikian, namun Imam Nawawi Rahimahullah memilih pendapat jumhur ulamak yang mengatakan bahawa mangsa tidak perlu mengulangi (qada) solatnya. Pendapat ini disebut di dalam kitab beliau iaitu Majmuk syarah Muhazzab)

Sekiranya balutan berada pada lain daripada anggota wuduk seperti perut, bahu, leher, paha dan lain-lain, maka tidak perlu untuk mangsa bertayammum. Hanya perlu berwuduk seperti biasa sahaja.
Saya mengharapkan perbahasan ini boleh untuk dikongsi bersama. Sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan saya mengharapkan nasihat dan tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat sekalian.
Apa yang penting ialah, seseorang itu perlulah bersemangat untuk beramal dengan ilmu yang dipelajarinya. Tidak mudah-mudah untuk berpindah kepada mazhab yang lain walaupun hukumnya adalah harus bagi mereka yang mempelajarinya.
SEMOGA BERTEMU DALAM HALAQAH ULAMAK
Wallahu'alam
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Sungai Petani, Kedah.
Rujukan
1. At-Taqrirat As-Sadidah karangan Habib Hasan bin Ahmad Al-Kaff
2. Matan Zubad karangan Sheikh Ibnu Ruslan
3. Fath Al-Qarib Al-Mujib syarah matan Abi Syuja' karangan Sheikh Ibnu Qasim Al-Ghazzi
4. Majmuk syarah Muhazzah karangan Imam Nawawi Rahimahullah.

*******

syukran atas perkongsian ilmu=)
BalasPadamnanti kalau berkesempatan, ust buat perbahasan bab tunang pulak ye..banyak benda yang masih taktau..terutamanya, batasan semasa pertunangan. Syukran.
salam,
BalasPadamSelalunya mengikut kelaziman, anggota yang luka jika tidak boleh kena air maka apalagi jika terkena debu tayamum(mungkin lagi lambat sembuh) CTH: anggota yang luka adalah anggota tayamum dan juga wuduk (tangan)
Soalannya adakah yang dimaksudkan dengan tayamum itu adalah sapu debu diatas balutan kerana klau anggota luka dibalut maknanya wuduk dan juga tayamum mmg x akan sampai ke kulit ataupun anggota tersebut? kalau sapu debu atas balutan bukankah sama juga dengan sapu air wuduk atas balutan? lihat macam tiada perbazaan.. Harap beri tunjuk ajar..Musykil lama dah..
Waalaikumussalam...
BalasPadamTo komen 1
Semoga ianya bermanfaat. Insyallah nanti kalau berkesempatan, kita akan bincangkan tentang bab pertunangan.
To komen 2
Satu
Seperti yang saya bahaskan tadi, kalau mangsa mampu untuk tanggalkan balutan itu dan tidak mendatangkan mudharat maka wajib untuk ditanggalkan balutan tersebut. Berwuduk seperti biasa kemudian bagi bahagian yang tidak boleh terkena air tersebut digantikan dengan bertayammum. Solat tidak perlu diqada.
Dua
Pembaca perlu memahami perbezaan maksud 'basuhan' dan 'sapuan'
Sapuan - Kalau sapuan bagi air wuduk maknanya air tersebut tidak mengalir
Basuhan - Kalau basuhan bagi air wuduk maknanya air tersebut akan mengalir (banyak air)
Sekiranya berwuduk maka wajib membasuh (mengalirkan air) bagi semua anggota wuduk kecuali kepala.
Tiga
Balutan di tangan.
Sekiranya kita membasuh balutan (mengalirkan air) ia akan menyebabkan air menyerap ke dalam balutan kemudian terkena luka. Ini akan menambahkan mudharat. Tidak sah sekiranya mangsa hanya menyapu di atas balutan (sapuan air). Sebab itulah bahagian yang tidak boleh terkena air tersebut digantikan dengan sapuan debu. Ini berdasarkan perbincangan para ulamak dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh
Wallahu'lam
Adakah perlu mengulang solat jika anggota berbalut (jabirah) di tempat tayammum, contoh luka di tangan, kemudian ambil wuduk, selepas itu balut dan balutannya (jabirah) tidak melebihi (qadri istimsak) tempat sakit?
BalasPadamSebab diatas ni dia terangkan balutan ni pun ada bezanya jika di tempat tayamum (muka dan tangan hingga ke siku) dan diluar tempat tayamum (sebahagian kepala dan kaki hingga buku lali). kalau luka luar dari tempat wuduk kita sedia maklum, ambil wuduk macam biasa.
Cume kalau ikut diatas kene ulang solat jika luka di tangan selepas berwuduk walau balutannya tak lebih qadri istimsak. (rujuk no pertama mengenai ulang solat diatas)
yang sy belajar, kalau luka mana2 tempat wuduk, kemudian berwuduk, selepas itu balut dan balutannya tak melebihi qadri istimsak, maka tak payah ulang solat. Jadi mcm mana ust, minta penjelasan, sy mushkil kat sini?
maaf, sekadar bertanya, mane la tau enta tau...
Salam. Berwudhu seperti biasa sehingga bertemu anggota wudhu yang berbalut (contoh kaki kanan). Maka perlu bertayammum. Adakah bertayammum dengan muka dan kedua tangan yg masih basah dengan air wudhu? Atau perlu dikeringkan muka dan kedua tangan, kemudian bertayammum. Kerana jika basah, bagaimana debu tanah hendak disapu? Terima kasih.
BalasPadamIsparta
BalasPadamTunceli
Yozgat
Çorum
Konya
6VKU8
Aksaray
BalasPadamAydın
Kütahya
Rize
Bingöl
6BKH25
Afyon
BalasPadamAntalya
Erzurum
Mersin
izmir
LA3L
Malatya
BalasPadamKırıkkale
Aksaray
Bitlis
Manisa
8FKH
düzce
BalasPadamsakarya
tunceli
van
bayburt
65FOD
ankara parça eşya taşıma
BalasPadamtakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
PYVU
rize evden eve nakliyat
BalasPadammuğla evden eve nakliyat
kırıkkale evden eve nakliyat
mardin evden eve nakliyat
istanbul evden eve nakliyat
6XZT6O
14542
BalasPadamTrabzon Lojistik
Kocaeli Evden Eve Nakliyat
Bayburt Evden Eve Nakliyat
Erzurum Parça Eşya Taşıma
Yozgat Lojistik
1AD3E
BalasPadamBurdur Lojistik
Diyarbakır Parça Eşya Taşıma
Batman Parça Eşya Taşıma
Afyon Lojistik
Yalova Lojistik
85558
BalasPadamÇorum Şehirler Arası Nakliyat
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Eryaman Alkollü Mekanlar
Bingöl Lojistik
Mersin Lojistik
İzmir Evden Eve Nakliyat
Bitlis Lojistik
Yozgat Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Mutfak Dolabı
233FF
BalasPadamTekirdağ Evden Eve Nakliyat
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Yalova Şehirler Arası Nakliyat
Edirne Şehir İçi Nakliyat
Yobit Güvenilir mi
Mersin Lojistik
Ünye Parke Ustası
Fuckelon Coin Hangi Borsada
Çerkezköy Halı Yıkama
2A05A
BalasPadambinance referans kodu %20
0071D
BalasPadamkırklareli goruntulu sohbet
rize canli sohbet
ücretsiz sohbet siteleri
hatay yabancı görüntülü sohbet siteleri
malatya canlı görüntülü sohbet odaları
bilecik rastgele sohbet
erzincan tamamen ücretsiz sohbet siteleri
rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
sesli sohbet mobil
859BA
BalasPadamDxgm Coin Hangi Borsada
Tiktok İzlenme Satın Al
Sui Coin Hangi Borsada
Soundcloud Dinlenme Satın Al
Hamster Coin Hangi Borsada
Bitcoin Madenciliği Nasıl Yapılır
Binance Madenciliği Nedir
Youtube İzlenme Satın Al
Kripto Para Çıkarma Siteleri
E56F0F8A95
BalasPadamskype güvenilir şov
323CBE704A
BalasPadamgarantili takipçi
8321BE9791
BalasPadamdüşmeme garantili instagram takipçi
1D280DA312
BalasPadaminstagram takipçi gerçek türk