03 Februari 2011

Dr. Yusuf Al-Qardhawi Tegas Menyeru Rakyat Mesir Bangkit


Daha – Infopalestina: Ulama besar Al-Allamah Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang juga ketua Seketriat Ulama Islam Sedunia menggesa rakyat Mesir dari setiap peringkat menuju ke Medan Tahrir untuk bergabung dan bersatu demi mendesak Presiden Mesir Husni Mubarak mundur daripada takhta kerajaan.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh televisyen Aljazeera Qatar kemarin (2 Feb) Qaradhawi menegaskan, "Saya sentiasa mengikuti dan memantau isu yang berlaku di Mesir dan berasa bangga, kerana mereka adalah pemuda yang memiliki jiwa yang bebas serta keimanan dan moral yang tinggi. Sejak dahulu lagi mereka tidak pernah melakukan kezaliman. Mereka keluar mempertikai serta mengecam dan memprotes kezaliman yang dilakukan kerajaan di Mesir selama bertahun-tahun."

Menurutnya, "Namun kami menilai hari demi hari bahawa terdapat kelompok pengacau yang menyerang penunjuk perasaan. Mereka seringkali menakut-nakutkan warga tempatan serta tidak bertanggungjawab terhadap keamanan di bumi Mesir."

"Haram bagi kamu wahai Husni Mubarak membunuh rakyat. Jika kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat, maka sepatutnya kamu menjaga kesejahteraan dan bukan membunuh mereka. Haram bagi kamu membiarkan rakyat dizalimi penjahat." Tegas Qaradhawi yang menyerukan pimpinan di Mesir menjaga rakyatnya.

Kepada penunjuk perasaan di Medan Tahrir, Qaradhawi menegaskan ucapannya dalam pidato, "Tetaplah kalian di medan tersebut, kerana sekarang kalian memilih sama ada hidup mulia atau mati syahid". Beliau juga menyerukan kepada para khatib dan imam agar membela para pemuda-pemuda Mesir yang menentang kezaliman Mubarak di Mesir.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz shah..sy kagum dgn keberanian Syeikh al-Qaradhawi..tp..hmm..nk tny apa fatwa Syeikh 'Ali Jum'ah..Dr. Asri mlalui webnya,Minda Tajdid sbut Mufti Mesir mntk rkyat Mesir hntikan demo anti-Mubarak.seolah2 apa yg rkyat Mesir buat utk jtuhkn regim yg zolim ni slh..sdgkn al-Qaradhawi tegas mnyatakn depa yg mti ni mati syahid..arap ustaz tlong habaq.sy agak terkejut dgn knyataan Mufti Mesir.. (hormat kpdnya tk prnh luntur,cuma mungkin sy yg jahil ni agak trkejut dgn knyataannya)..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails