12 September 2010

PMRAM Mengecam Tindakan Bodoh Terry Jones

Sumber : Web PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengutuk tindakan seorang Paderi, Terry Jones di sebuah gereja kecil di Ganesville Florida Amerika Syarikat, kerana ingin menganjurkan Hari Membakar Al-Quran Sedunia.

Walaupun hasrat tersebut telah dibatalkan hari ini setelah mendapat tekanan dan tentangan di seluruh dunia, PMRAM terus komited bahawasanya hasrat tersebut telah melanggari etika keagamaan di seluruh dunia.

Tindakan biadab itu cuba dilakukan sempena memperingati peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 lalu. Paderi itu yang berada di The Dove World Outreach Center meyalahkan agama Islam kerana menjadi punca kepada peristiwa 11 September.

Acara yang mereka panggil sebagai “International Burn a Quran Day” itu bakal menyalakan lagi semangat anti-Islam atau Islamphobia di kalangan masyarakat dunia.

Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di dalam rangakaian Al-Jazeera menyebut “Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Al-Quran dan penghormatannya. Sewajarnya kita tidak boleh mendiamkan diri dari penghinaaan ini.”

PMRAM juga menyifatkan, usaha yang dimainkan oleh mereka ini adalah untuk menyalakan api permusuhan antara agama.

PMRAM juga yakin perbuatan ini bukanlah melambangkan sikap sebenar orang-orang Krsitian diseluruh dunia. Perbuatan ini adalah perancangan jahat zionis untuk melaga-lagakan antara 2 agama ini.

Sikap Paderi dan pertubuhan The Dove World Outreach Center ini adalah agenda provokatif yang mesti dikecam oleh seluruh masyarakat dunia.

PMRAM menyeru kepada seluruh ahli sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap isu semasa yang berlaku lebih-lebih lagi isu yang melibatkan maruah agama yang semakin dipandang rendah pada hari ini.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan & Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails