14 Januari 2010

Antara CEMERLANG atau kecundang


Assalamualaikum....

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Rasul ikutan sepanjang zaman.

Sepanjang cuti di Malaysia, saya mengambil peluang ini untuk mengkaji beberapa perkara.

Salah satu daripada perkara tersebut adalah berkenaan dengan kejayaan mahasiswa Al-Azhar pada peringkat Ijazah Lanjutan (MA). Saya lakukan kajian tersebut kerana dalam tempoh 2 minggu lagi saya akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Lanjutan (MA) di Universiti Al-Azhar.

Sebenarnya apa yang memberi semangat yang gitu kepada abang-abang yang saya kenal untuk menyambung pengajian d sana? Saya pun hairan?

- Ustaz Hairul Nizam Mat Husain (Ijazah Lanjutan Takhassus Usul Fiqh)
- Ustaz Akli (Ijazah Lanjutan Takhassus Fiqh Am)
- Ustaz Mohd Zahran Mohd Syariff (Ijazah Lanjutan Takhassus Fiqh Am)
- Ustaz Hasan Basri (Ijazah Lanjutan Takhassus Fiqh Muqaran)
- Ustaz Juzaili Johan (Ijazah Lanjutan Takhassus Hadis)
- Ustaz Ahmad Yusoff (Ijazah Lanjutan Takhassus Tafsir)

Dan ramai lagi nama abang-abang yang mungkin tak sempat untuk saya tulis di sini. Sebenernya mereka pun tahu bahawa MA di Al-Azhar adalah antara MA yang terpayah di dunia. Maksud saya cukup susah untuk lulus mendapat syahadah MA daripada universiti tersebut. Walaupun pada hakikatnya pihak universiti telah pun menurunkan level muqarrar pada pengajian. Tetapi mereka tetap juga ingin menyambung pelajaran di situ.

Rasanya sekarang saya dah jumpa, apa sebenarnya TEORI UNTUK LULUS MA AL-AZHAR.

Saya dah ada teori tersebut. Tetapi saya tak pasti samada teori ini memang betul-betul berkesan atau pun perlu dikaji semua perlaksanaannya??

Jadi teori tersebut tak boleh lagi untuk saya nyatakan di sini. Kalaulah kajian saya ini berkesan iaitu mampu memberikan kejayaan pada mahasiswa ijazah lanjutan Al-Azhar, maka saya akan war-warkan teori tersebut.

Apa yang paling penting untuk perlaksanaan teori ini adalah ISTIQAMAH. InsyaAllah saya akan laksanakan teori ini apabila saya menjejakkan kaki di Bumi Anbiyak nanti.

Kini ramai kawan-kawan saya yang dah pun masuk bekerja di Malaysia. Ada antara mereka yang dah pun berkhidmat dalam masyarakat. Ada yang dah berbini dan anak. Ada yang merancang strategi untuk menjadi kaya-kaya, mudah untuk memberi sumbangan pada perjuangan Islam.

Saya ceritakan satu persatu kawan-kawan saya pada mak. Tetapi mudah je mak patahkan idea yang saya ceritakan padanya...

"Tak apa lah, kawan-kawan kamu tu kumpul duit dan anak. Kamu tu biar kumpul ilmu dulu. Kalau kumpul harta, ia akan habis. Tapi kalau kumpul ilmu ni, sampai bila-bila pun tak habis"
Tambahan : 'kamu' adalah rekaan nama samaran saya dalam keluarga.




SEMOGA BERTEMU DALAM HALAQAH ULAMAK


Wallahu'alam
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Sungai Petani, Kedah.

2 ulasan:

  1. Semoga dapat lakukan satu perubahan yang besar kepada Mahasiswa/wi Al-Azhar...selamat menjadi kepten dalam melayar Bahtera perjuangan..jadikan semua sepertimana yang diimpikan ia terjadi pada diri Ustaz...Doakan lebih ramai yang sanggup menyahut seruan MA...

    BalasPadam
  2. Terima kasih, semoga kawan-kawan dapat beri tunjuk ajar dan nasihat untuk saya

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails