Sumber : Web PMRAM
KAHERAH, 14 September - Ketua Badan Ilmiah dan Penyelidikan PMRAM Saudara Mohd Yusof bin Abd Kadir menyatakan bahawa khutbah Hari Raya Aidilfitri PMRAM baru-baru ini cukup bersemangat dan bertenaga. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui menghadiri rumah terbuka PMRAM Cawangan Perak pada hari ini.
Khutbah yang mengambil masa selama hampir 30 minit tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Kehadiran ratusan mahasiswa dan mahasiswi menampakkan lagi kemeriahan Solat Hari Raya yang dianjurkan oleh PMRAM bertempat di Masjid Musa An-Nusair, Madinah Nasr.
Semua Badan Pengurus dan HEWI PMRAM turut sama-sama menghadiri solat hari raya tersebut kecuali beberapa orang yang menjadi wakil PMRAM bagi solat hari raya di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
Di dalam khutbah tersebut, semua hadiri dan hadirat diingatkan supaya melaksanakan kerja-kerja Islam mengikut posisi masing-masing. Hal ini kerana suruhan dakwah oleh Allah SWT tidak mengenal individu. Mereka yang mengucap dua kalimah syahadah perlu melaksanakan tugas dakwah. Asalkan ia dilakukan mengikut keadaan dan situasi masing-masing.
"Kalaulah kita selaku mahasiswa kuliah, maka laksanakan kerja Islam bersesuaikan dengan mahasiswa pengajian Islam. Kalaulah kita selaku mahasiswa perubatan maka laksanakan kerja Islam bersesuaian dengan mahasiswa perubatan. Pimpinan dengan posisinya. Ahli pula dengan gaya dan cara tersendiri. Asalkan semuanya buat kerja dakwah". Ujar Presiden PMRAM 2010.
Beliau juga banyak menyentuh berkenaan isu semasa yang berlaku tidak kira sama ada di Mesir mahupun di Malaysia. Keadaan akhlak dan peribadi masyarakat Malaysia yang semakin parah perlu dibendung lebih-lebih lagi tugas tersebut sebenarnya terpundak pada bahu golongan yang mengaji agama.
Beliau juga menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk bersama mengecam tindakan salah satu penyiaran TV di Malaysia yang menimbulkan sensitiviti umat Islam. Katanya lagi, "Kita melihat seolah-olah pihak yang terbabit cuba menyamakan sambutan Hari Raya ini dengan Perayaan Krismas, Hindu dan Buddha. Perkara tersebut tidak sepatutnya kita berdiam diri. Dan kita mesti bangkit untuk menyatakan kebenaran".
Ujar Ketua BPAP Saudara Muhamad Yusof, mahasiswa dan mahasiswi perlu mengambil intipati dan objektif yang ingin disampaikan oleh Presiden PMRAM di dalam khutbahnya. Kebanyakan isi yang disebut adalah berkaikan dengan isu seputar mahasiswa di Mesir.
Kehadiran beliau sebagai tetamu jemputan ke Rumah Terbuka PMRAM Cawangan Perak disambut baik oleh AJKT.

alhamdulillah...serba sdkit dpt tmbahkan ilmu tntg dunia..
BalasPadam