KAHERAH 20 Januari - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dalam satu kenyataanya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Duta Besar Malaysia Ke Mesir Dato' Dr. Fakhrudin bin Abdul Mukti di atas penerimaan anugerah darjah dan bintang kebesaran pada hari Ahad lalu.
Katanya, majlis penerimaan anugerah tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-83 keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultad Badlishah.
Menurutnya lagi, seramai hampir 90 orang penerima anugerah yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah Duta Besar Malaysia Ke Mesir. Di dalam majlis tersebut, beliau menerima anugerah Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK).
PMRAM juga turut berbangga dengan penganugerahan tersebut kerana beliau merupakan salah seorang daripada bekas mahasiswa yang pernah menuntut di Universiti Al-Azhar suatu ketika dahulu.
Selain itu katanya lagi, beliau merupakan salah seorang yang bergiat aktif dengan persatuan disamping mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Beliau pernah memegang jawatan Yang DiPertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) suatu ketika dahulu.
"Sebagai mahasiswa-maasiswi Islam yang menuntut ilmu di Timur Tengah, kita juga sebenarnya berpeluang untuk menjadi sepertimana Dato' Duta sekarang ini. Asalkan kita semua bersungguh-sungguh menuntut ilmu serta bergiat aktif dengan persatuan mahasiswa".
"Ketika pertemuan seluruh YDP BKAN bersama Dato' Duta pada 1 Disember yang lalu, beliau pernah memesan agar menjadikan persatuan sebagai medium untuk melatih kepimpinan" ujar presiden ketika ditemui di pejabat PMRAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan