KAHERAH, 13 Dis - Dewan Al-Azhar Conference Centre (ACC) hari ini menyaksikan lahirnya bakat-bakat kontemporari yang ada dalam PMRAM iaitu kumpulan nasyid Al-Wadi, sekitar 1300 orang yang memenuhi Dewan ACC sempena sambutan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh WAAG.
Di hadapan para masyaikh Al-Azhar, Naib Dekan Al-Azhar, Ahli Majlis Tertinggi WAAG serta para jemputan, Al-Wadi yang diwakili oleh saudara Syed Aisam bin Syed Idris selaku ketua kumpulan bersama saudara Wan Ahmad Hazwan bin Wan Sulaiman, saudara Mohd Isyamfuan bin Rajalai, saudara Ahmad Muzani bin Abdul Rahman, sudara Muhammad Naim Abdul Wahab, saudara Mohd Hafifi bin Hosien serta saudara Muhammad Hafizi bin Ramli begitu yakin mengalunkan nasyid serta mendapat pujian daripada beberapa pihak.
Majlis yang diadakan ini telah dihadiri oleh pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Bangladesh, Romania dan negara-negara yang lain
Ketika mengulas persembahan daripada kumpulan Al-Wadi saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien menyifatkan Al-Wadi telah membuka mata masyarakat Al-Azhar untuk menzahirkan medium hiburan sebagai alternatif untuk berdakwah, dan persembahan Al-Wadi malam itu juga turut sama disaksikan oleh yang berbahagia Duta Malaysia ke Kaherah TYT Prof Dr Fakhruddin beserta delegasi jemputan dari Malaysia.
"Syabas dan tahniah" ucapan yang keluar dari mulut Tuan Yang Terutama Duta diatas persembahan yang telah berjaya dipertontonkan untuk semua hadirin yang hadir pada malam itu
Al-Wadi turut bersama-sama dengan negara lain untuk membuat persembahan. Majlis pada malam itu turut di sajikan dengan alunan burdah daripada wakil sahah yang diwakili mahasiswa pelbagai negara, tidak ketinggalan persembahan pidato dan sajak daripada pelajar-pelajar Amanah Raya Berhad (ARB).
Sambutan Maal Hijrah itu berlangsung selama 3 jam dan selesai pada jam 9.30 malam. Jelas terpapar tanda puas dikalangan ahli kumpulan AL-WADI kerana dapat memberikan yang terbaik pada malam itu sekaligus mengangkat nama dan imej PMRAM dikalangan masyarkat Al-Azhar sebagai Universiti yang terus menaungi pelajar=pelajar Malaysia di Perlembahan Nil ini.
Hubungan yang baik antara WAAG dan PMRAM jelas menunjukkan jalinan yang kukuh di antara 2 institusi yang terbesar ini. Diharapkan kerjasama akan sentiasa utuh dan kekal selamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan